Kelas Asas ICT Minggu Kedua

21 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 20 August 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas ini diadakan adalah bagi menggalakkan para peserta menggunakan Microsoft Publisher dalam menghasilkan poster merdeka. Selain itu, kelas ini juga bagi membantu memantapkan lagi pengguasaan para pelajar dalam menghasilkan poster. Di samping itu, dalam kelas ini juga para peserta telah menghasilkan bendera Malaysia menggunakan kertas yang dianyam. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan tayangan video penipuan internet.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Taklimat dan tayangan video KDB & Advokasi (Penipuan Internet)
2. Penerangan kepada Microsoft Publisher
3. Latihan Menggunakan Microsoft Publisher
4. Menghasilkan bendera menggunakan teknik anyaman dan kertas
5. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali